K4INism

Jun 27, 2008

Keputusan Peperiksaan semester satu Diploma kejuruteraan Awam (KSS)

Filed under: Kehidupan Ku — k4in @ 5:36 pm

Result aku sem 1

Satu perkhabaran baik bagi aku.. walaupon tidak seperti mana diharapkan tetapi aku puas dengan ape aku dapat. ternyata usaha ku ketika belajar tidak setinggi mana.. aku mengharapkan keputusan yang baik tetapi ini sudah cukup memadai dengan kesibukkan keje.. dan kemalasan membuka buku. tapi bersyukur dengan result yang aku dapat.. tiada Fail…

result nih mungkin mengecewakan bapa ku.. tapi aku tak kisah.. aku dah buat sepenuhnya.. tapi tak cukup untuk mendapat result lebeh baik. dan juga aku nak si “dia” dapat tgk result ni..

die beri aku semangat.. itu yang penting..:D..

itu sahaja..

Jun 21, 2008

Aku Pilu

Filed under: coretan hati — k4in @ 2:27 pm

heh.. aku rasa aku akan menulis artikel jiwang harini.. aku tatau la maybe hati aku rasa pilu . tapi aku masih leh cover dengan family aku. aku tanak dieorg risau. kisahnya aku risau pasal seseorang. yeah seseorang yang aku sayang.

die dah bape hari tak contact aku. so aku tatau ape cite die. sihat ke die..? aku cuba msg.. tak berjawap. aku tunggup approval di FS die tak approve. aku tunggu die msg aku di YM ke mana.. takde pon msg. aku rasa pilu sangat.

tapi aku masih bertahan, aku yakin maybe something happen cam henpon hilang ke.. org something esle..

Jun 16, 2008

Bila Ku Kenang

Filed under: coretan hati,puitis — k4in @ 4:00 am

Bila ku Kenang,

ku menyesal tak sudah,

bertapa pentingnya ilmu,

aku tak pernah ambil tahu (more…)

Jun 12, 2008

PEMIMPIN

Filed under: coretan hati — k4in @ 12:41 pm

Menjadi seorang pemimpin sebenarnya mudah tapi difikirkan balik susah kerana bila dan menjadi pemimpin ,  terlampau banyak perkara yang perlu dilakukan. Tugas pemimpin sememangnya berat tetapi ganjaran yang diberikan kepada pemimpin lebih tinggi dari ahli biasa. tak kira dari segi zahir atau batin, orang yang bergelar pemimpin diberi keutamaan dan kelebihan berbanding orang biasa.

Tetapi keistimewaan yang diberi kepada pemimpin ini selalunya disalah gunakan. mereka lupa tentang tanggungjawap diberikan kepada mereka untuk memimpin satu organisasi atau komuniti  menjadi lebeh maju dan aman selamat. mereka lupa mereka telah diamanahkan untuk menjadi kebajikan sesuatu komuniti atau organisasi tersebut. mereka hanya tamak kan harta dan bende yang mereka dapat daripada kuasa yang mereka miliki. Tiadakah lagi Manusia yang seperti Saidina Umar , sahabat nabi yang menjadi Kalifah Al Rasyidin yang kedua memerintah negara Islam ? ketika beliau memerintah , tiada siapa dalam negeri tersebut yang layan menerima Zakat adakah beliau seorang yang hebat? ya..!. Dan juga tiadakah Manusia Seperti Kalifah Umar Al Aziz? pemerintah berjiwa rakyat dengan hidup sederhana dan tidak sedikit wang rakyat digunakan untuk urusan peribadi.

sememangnya kita ketandusan para pemimpin. kita mempunyai Doktor , Jurutera , Sainstis , Angkasawan , pemegang rekod dunia dan ape ape professen yang boleh kita bangga.. tetapi kita tiada permimpin. ketinggian Ilmu belum cukup untuk anda menjadi seorang pemimpin yang baik. tetapi semangat kepimpinan dan keiklasan melaksakan anamah diberi adalah ciri² pemimpin yang baik.

Jun 11, 2008

Pergaduhan di Interweb…

Filed under: Uncategorized — k4in @ 2:57 pm

Perkara ni dah malas aku nak cakap tapi aku kene cakap gak sebab aku rasa perkara ni tak pernah padam sejak aku berkecimpun dalam alam internet ni. malahan aku sendiri pernah terlibat dengan pergaduhan ini atas sebab berebut seorang perempuan yang boleh dikategorikan cun gak tapi dedua tak dapat sudahnya. sejak hari aku rasa pergaduhan di interweb ataupon di dunia realiti yang penuh panca roba itu.

selalunya pergaduhan ini berpunca dari sikap tamak ingin kuasa seseorang, perebutan gadis yang belum tahu rupaparas dan hatibudinya , Flaming(mengapi-apikan seseorang) dan pelbagai lagi yang selalu mendatangkan marah seseorang. aku akui sememangnya lumrah manusia  mempunyai perasaan marah terhadap dirinya. tetapi perasaan marah ini kita boleh kawal sebenarnya. marah adalah perasan negatif yang mempunyai pelbagai side effect seperti kata master Yoda , “anger can lead to hate and hate can lead to suffering”

ketika di IRC(internet Relay chat), pergaduhan di interweb ini membawa kepada War IRC. ketika itu Hacker dan Cracker IRC bermaharaja lela dengan membuktikan siapa hebat. penggunaan software untuk Nuke (memotong talian pengguna IRC) , Flooder (membuat mass msg, pertukaran nick dan pelbagai jenis yang boleh dilakukan secara Mass) dan pelbagai jenis sofware yang membolehkan Moderm anda di rumah berasap. siapa yang mempunyai POWER seperti menjadi OPerator channel sesungguhnya menggunakan kuasanya yang diberi padanya hanya kerana tak suka terhadap sesorang tersebut boleh menimbulkan pergaduhan.

apebila wujud nya forum, sama seperti di IRC , sesiapa yang menjadi MODerator mungkin akan ada user yang dia tak suka dan memberi komen serta mungkin banned user tersebut dengan sesukati. kekadang ade mod yang tak puas hati dengan mod yang lain kerana sebab mod yang tidak disukai itu disukai ramai user lain makan mods itu akan cuba menjatuhkan mods yang disukai ramai itu dengan ini pergaduhan mungkin berlaku.

ape pon tak perlu aku bercakap panjang lagi sebab dah ntah pape aku cakap dah. tapi pokoknya sekang setiap ape berlaku didalam internet nih takyah buat bergadoh.. dan kalo nak gadoh pon jagn dibawa ke dunia realiti . pada aku perkara ini adalah terlampau immature bagi aku. so selalulah gune emoticon kerana emoticon dapat memberi tahu perasaan anda ketika itu dan juga mengelakkan salah sangka yang juga menjadi punca pergaduhan di Interweb

Jun 10, 2008

Gathering PHQ yang Pertama 08062008

Filed under: Hobi!?,Kehidupan Ku — k4in @ 2:21 am

Ceria , satu perkataan yang dapat aku berikan untuk gath forum Puteranime buat julung² kali nya dibuat. keceriaan dan kemeriahan masih terasa disanubari aku setelah dua hari belalu. serious aku cakap gath yang aku attend nih tak sama seperti memana gath yang aku join. ini mungkin disebabkan semua participantnye meminati satu bende yang sama , Anime. perkara paling pengaruh didunia

aku tak menyesal hadir di forum tersebut.. dengan datang dari jauh. kepenatan travel dari ipoh ke Kl tidak terasa langsung. seawal pagi kul 10 aku sampai di OU dengan sabarnya aku dan adik ku menungu participant lain dengan ber”breakfast”kan Egg Wrap yang enak dari KFC. haha sebaik aku choose KFC pagi tu kerana ade sorang tuh suke sangat KFC.

setelah semua hadir dan habis breakfast , iruga : Admin forum Puteranime telah melakukan aktiviti lelongan barang berbentuk kuiz. aku sebagai mods diberi tugas untuk memberi soalan. soalan senang je aku beri sebab hanya untuk seronok². pada mula nya aku rasa aku tidak diberi hadiah.. tapi rupanya ade hadiah untuk aku dengan syarat kene jawap soalan . ini kes balas dendam ni

dan kemudian kitaorg tengok wayang. cerita kung fu panda. cerita yang terlampau best! tapi tanak la cite kang spoiler lak. selesai tengok wayang sesama keluar aku jumpa kawan baik aku masa sekolah dulu. tak sangka plak jumpa die. kemudian kitaorang makan bersama2 dengan support en iruga kita hehe. dan lepas tuh kitaorang ade sesi interview untuk iruga punya porfolio. aku takleh cite la pasal tuh sebabnya ini adalah plan besar die untuk forum ni. sambil sambil tuh kitaorg membatting. aku le paling gian nak membatting nih. yelah dapat 2 -3 kali pukulan yang berjaya. sapa tak sonok kan.

and then aku terpaksa pulang awal dalam around kul 6 dan sampai ke rumah di ipoh aroung 7.45 pm, laju tak aku bawak?. well itu saja coretan hati aku . terima kasih sekali kepada semua hadir memeriahkan Gath ini. aku suggest event ini mesti dilakukan secara tahunan.. kalo bulanan aku rasa aku takleh attend la.

ok Jane

Jun 9, 2008

K4INism?

Filed under: Manifesto K4INism — k4in @ 8:34 am

K4INism , satu idealogi baru yang dicipta dengan suka hati nya oleh seorang hamba Allah berhati mulia. sesungguhnya idealogi ini bukan fahaman politik atau fahaman sesuatu instituti agama yang baru , tetapi satu idealogi untuk mengubah cara hidup org Malaysia terutamanya bangsaku , Melayu. Diketahui , bangsa melayu ini adalah bangsa yang mempunyai hasad dengki yang tinggi. sejarah dah menunjukan sendiri bangsa melayu bagaimana korupnya mereka sehingga jatuhnya sebuah kerajaan yang kaya dengan hasil rempahnya.

oleh itu , hasad dengki perlu dibuang dari diri setiap bangsa melayu kerana itu la punca kemunduran bangsa melayu. apabila melihat saudara melayu yang lain berjaya dalam ape jua bidang yang mereka tempohi , perasaan dengki melanda diri dengan itu khidmat bomoh ( yang selalunya bomoh penipu) diguna . alasannya ingin menjatuh bangsa sendiri. agak pelik kerana di zaman yang serba canggih dan maju ini, masih ada yang mengunakan khidmat yang kolot , khurafat dan lagi syirik ini. mengapa ini masih berlaku pada bangsa kita?. agama yang majoriti dari kita anuti mengajar kita supaya menolong antara satu sama lain tanpa mengira pelbagai kaum dan agama , tapi kalo kaum yang segama pon kita tak dapat menolong apetah lagi menolong bangsa lain?

sedarlah wahai saudara ku. sesungguhnya kamu dilahir didunia ini diberi amanah untuk hidup bertanggung jawap menjaga keamanan dunia ini. saranan saya kepada semua dan saya sendiri adalah:

  1. kembalilah kepada ajaran Allah SWT. Hukum² dan Wahyu² yang diberi kepada Nabi dan Rasul junjungan kita , Nabi Muhammad SAW sudah cukup memberi kesejahteraan kepada umat²nya. negara islam pertama yang diperintah oleh Nabi kita serta Kulafa Al Rasyidin telah terbukti keberkesanannya.
  2. amalkan kehidupan yang mulia. berbaik la kepada semasa kita. walaupon budi tidak dibalas tetapi saya yakin , Allah SWT Maha Melihat. Dia sememangnya nampak perbuatan kita , niat kita.
  3. budi baik dibalas dengan baik. kita haru membalas budi sesorang yang penah menolong kita supaya mereka tahu bahawa kita hargai pertolongan darinya.
  4. buang hasad dengki. bila lihat bangsa melayu maju, jgn la jatuhkan mereka, tolong mereka sehingga maju

ini adalah saranan yang saya rasa mampu mengembalikan kekuatan bangsa melayu. ingat la.. bersatu teguh bercerai roboh

Create a free website or blog at WordPress.com.